Guideline

Image

Garis Panduan Penggunaan Dataset

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat seperti di bawah.

1. Penggunaan data di bawah terma ini
Pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.

2. Pengguna boleh melaksanakan perkara yang berikut

  • Salin, terbit, edar dan pindah data
  • Adaptasi data
  • Guna data secara komersial dan tidak komersial dan
  • Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi

3. Sekiranya melaksanakan mana-mana daripada yang dinyatakan pada para 2, pengguna HENDAKLAH

  • Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data
  • Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini dan
  • Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan pernyataan seperti yang berikut

    "Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0 "

4. PENGECUALIAN

Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:

  • Data peribadi
  • Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data
  • Logo organisasi sektor awam atau jabatan
  • Lambang diraja dan lambang tentera
  • Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya
  • Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk dan
  • Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad

5. TIADA JAMINAN

  • Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan
  • Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan secara berterusan.

6. UNDANG-UNDANG
Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

 

Tarikh Pindaan: 30 SEPTEMBER 2015

Pin It

MDHT logofooterHULU TERENGGANU DISTRICT COUNCIL,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

GENERAL LINE : 09-6811 149 / 466
FAX : 09-6811 655
E-MAIL : mdht@terengganu.gov.my
OPERATION HOURS : Sunday - Thursday | 8:00am - 5:00pm

Disclaimer : Hulu Terengganu District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Majlis Daerah Hulu Terengganu

MyGov Portal
TERENGGANU PAY
BILANGAN PREMIS DI BAWAH SELIAAN MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU TERENGGANU