ISNIN, 10 APRIL 2023: Program Walkabout Majlis Daerah Hulu Terengganu Ke Bazar Ramadan Ajil. Turut diadakan ialah Perlancaran ‘Kempen Ramadan Sihat Majlis Daerah Hulu Terengganu 2023’ yang dilancarkan oleh wakil ADUN Kawasan Ajil.
Hadir menjayakan program ini Ahli- ahli Majlis, Setiausaha dan Ketua- ketua Jabatan, Bahagian dan Unit serta kakitangan MDHT. Antara aktiviti menarik sepanjang program ini ialah acara pengagihan apron beserta gimik menyarungkan apron kepada para peniaga bazar dan pengagihan beg sempena 'Kempen Ramadan Sihat Majlis Daerah Hulu Terengganu 2023' kepada para pengunjung bazar.
'Kempen Ramadan Sihat MDHT 2023' yang dilancarkan melalui program ini adalah rentetan daripada 'Kempen Hargai Makanan Elakkan Pembaziran' menyokong SDG 12@ Matlamat Pembangunan Mampan Ke-12 dan Program ‘Cabaran Jom Sihat’ Peringkat Majlis Daerah Hulu Terengganu sempena Ulang Tahun ke-41 Majlis Daerah Hulu Terengganu yang telah dilancarkan sebelum ini dengan objektif menggalakkan sekaligus membentuk kakitangan yang sihat, produktif di samping mendidik masyarakat supaya tidak membazir dan membeli mengikut keperluan sekaligus membentuk komuniti sihat di masa hadapan.