PROGRAM PUBLISITI AWAL RANCANGAN TEMPATAN DAERAH HULU TERENGGANU 2040 (PENGGANTIAN)
ISNIN, 01 OGOS 2022 : Satu Program Publisiti Awal Rancangan Tempatan Daerah Hulu Terengganu 2040 (Penggantian) telah diadakan di Dewan Yayasan Salim Tok Randok, Ajil.
Program ini melibatkan agensi-agensi di peringkat Daerah Hulu Terengganu dan juga wakil penduduk setempat. Tujuan publisiti ini diadakan adalah untuk mendapat input dan pandangan daripada pelbagai pihak di dalam penyediaan Terma Asas Rujukan (TOR) sebelum dibentangkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri untuk kelulusan.