PROGRAM GOTONG – ROYONG MEMBERSIH KAWASAN REKREASI DI KALANG RENGAS BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG GUNUNG, AJIL HULU TERENGGANU

SABTU, 24 JUN 2023 : Program gotong royong membersih Kawasan rekreasi di Kalang Rengas Bersama komuniti Kampung Gunung, Ajil Hulu Terengganu yang telah dirasmikan oleh Tn. Haji Lukema Meri bin Salleh @Abdul Latif, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, bertempat di Tapak Rekreasi Kalang Rengas Kampung Gunung, Hulu Terengganu. Turut hadir Timbalan Pengarah Perpaduan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu En. Ahmad Nazif bin Mohamad.

Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu dan turut melibatkan pelbagai agensi kerajaan di Daerah Hulu Terengganu dan JPKK Kg. Gunung, JPKK Kg. Menerong, KRT Kg. Gunung serta Komuniti Kampung Gunung.

Di samping gotong royong, antara aktiviti menarik yang diadakan ialah berkayak menyusuri ‘The Little Amazon Terengganu’. Ucapan penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Hulu Terengganu yang turut menghadiri serta menyampaikan taklimat hands on keselamatan dalam air.

Pin It

MDHT logofooterHULU TERENGGANU DISTRICT COUNCIL,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

GENERAL LINE : 09-6811 149 / 466
FAX : 09-6811 655
E-MAIL : mdht@terengganu.gov.my
OPERATION HOURS : Sunday - Thursday | 8:00am - 5:00pm

Disclaimer : Hulu Terengganu District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Majlis Daerah Hulu Terengganu

MyGov Portal
TERENGGANU PAY
BILANGAN PREMIS DI BAWAH SELIAAN MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU TERENGGANU