KHAMIS, 18 MEI 2023: Program Cakna Integriti Bersama Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu anjuran bersama ACeIO, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman.
Program di isi dengan penyampaian ceramah dan forum berkait integriti di kalangan penjawat awam. Pada akhir program diadakan penyampaian Sijil Pelantikan Rakan Integriti ACeIO kepada semua tujuh (7) PBT Negeri Terangganu. Tn. Haji Lukema Meri bin Salleh@ Abdul Latif, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, hadir menerima sijil tersebut yang telah disampaikan oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu.