KHAMIS, 18 MEI 2023: Satu (1) mesyuarat berkaitan penyediaan laporan Pendekatan Kajian (LPK) – kajian Rancangan tempatan Daerah Hulu Terengganu, Terengganu 2035 (penggantian) telah diadakan pada hari ini yang dipengerusikan oleh Ybr. TPr Doktor Dzul Khaimi bin Khailani, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Zon Timur (PPZR).
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Wakil daripada PLANMalaysia@Terengganu, Ketua-Ketua jabatan dan Bahagian MDHT serta perunding yang telah dilantik iaitu Planners M Consult Sdn. Bhd.
Tujuan Mesyuarat diadakan adalah bagi membincangkan keperluan-keperluan bagi penyediaan laporan pendekatan kajian (LPK) bagi kajian Rancangan tempatan Daerah Hulu Terengganu, Terengganu 2035 (penggantian).