RABU, 11 JANUARI 2023: Tn. Haji LUKEMA Meri bin Salleh@ Abdul Latif, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu bersama Setiausaha, Ketua-ketua Jabatan, Bahagian dan Unit MDHT menyantuni delegasi daripada Majlis Bandaraya Seremban yang bertandang ke Daerah Hulu Terengganu untuk membaik pulih rumah di Kawasan Kg. Kuala Menjing melalui Misi Bantuan Banjir Majlis Bandaraya Seremban Bagi Kawasan Pantai Timur.
Justeru, Yang Dipertua MDHT telah berbesar hati menjemput delegasi ini ke Majlis Daerah Hulu Terengganu untuk berkenalan dan mengeratkan ukhuwah serta mewujudkan hubungan kerja yang baik di kalangan Pihak Berkuasa Tempatan.