KONVENSYEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN 2023 BERTEMPAT DI PUSAT KONVENSYEN IPOH (ICC), PERAK DARUL RIDZUAN

11 & 12 MAC 2023: Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan 2023 bertempat di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Perak Darul Ridzuan. Konvensyen ini melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan daripada seluruh Malaysia. Tn. Haji Lukema Meri bin Salleh@ Abdul Latif, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu bersama Setiausaha, Ahli-ahli Majlis dan Ketua-ketua Jabatan, Bahagian dan Unit MDHT. Ia merupakan sebuah medium wacana perkongsian ilmu dan amalan terbaik ke arah pendekatan penyelesaian perkhidmatan perbandaran yang inovatif dan kreatif.

Hadir merasmikan Majlis Penutup Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2023 yang bertemakan Perbandaran MADANI, Rakyat Sejahtera ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Antara isu yang ditekankan dalam ucapannya adalah kebersihan tandas awam, yang mana katanya ia adalah adalah cerminan kemajuan sesebuah negara. Beliau turut menyatakan komitmennya untuk memastikan kualiti perkhidmatan asas dipertingkatkan ke tahap yang terbaik dan melalui Sesi Town Hall Datuk Bandar, Yang Dipertua, Pengerusi dan Setiausaha, Pegawai Eksekutif PBT bersama YB Menteri dan Ketua Setiausaha KPKT beliau turut menekankan rakyat perlu sentiasa dilibatkan dalam perancangan pemajuan bandar kerana suara mereka iaitu pendekatan dari bawah ke atas yang membolehkan PBT benar-benar membangun dan memajukan bandar berdasarkan keperluan rakyat.

Konvensyen PBT 2023 ini diakhiri dengan Anugerah Pertandingan Inovasi MALA 2.0: Piala YB Menteri KPKT dan Penyampaian Anugerah Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tahun 2022 oleh YB Nga Kor Ming, Menteri KPKT.

Pin It

MDHT logofooterHULU TERENGGANU DISTRICT COUNCIL,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

GENERAL LINE : 09-6811 149 / 466
FAX : 09-6811 655
E-MAIL : mdht@terengganu.gov.my
OPERATION HOURS : Sunday - Thursday | 8:00am - 5:00pm

Disclaimer : Hulu Terengganu District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Majlis Daerah Hulu Terengganu

MyGov Portal
TERENGGANU PAY
BILANGAN PREMIS DI BAWAH SELIAAN MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU TERENGGANU