BENGKEL PELUPUSAN REKOD BERSAMA PIHAK ARKIB NEGERI TERENGGANU TAHUN 2026
6-8, APRIL 2026: Majlis Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan Bengkel Pelupusan Rekod Bersama Pihak Arkib Negeri Terengganu bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Daerah Hulu Terengganu.
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan berkaitan tatacara pelupusan rekod selaras dengan garis panduan yang berkuat kuasa. Bengkel ini dilaksanakan melalui sesi teori serta praktikal di Jabatan/Bahagian/Unit masing-masing bagi memastikan pengurusan rekod dilaksanakan secara teratur, sistematik dan efisien.






















