Politeknik Hulu Terengganu
Sejarah Penubuhan
Politeknik Hulu Terengganu atau dengan singkatannya PHT merupakan salah sebuah politeknik di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia memulakan operasi pada 2 Mei 2008 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dengan menawarkan 2 program utama iaitu Diploma Perakaunan dan Diploma Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti.
Pada Jun 2010, PHT telah memindahkan operasi ke Daerah Hulu Terengganu dengan menyewa salah sebuah bangunan yang dimiliki oleh Majlis Daerah Hulu Terengganu di Bandar Kuala Berang.
Latar Belakang
Hingga kini, PHT mempunyai hampir 370 orang pelajar dengan kekuatan kakitangan seramai 49 orang yang terdiri daripada pelbagai kelulusan. Antara jabatan utama yang terdapat di PHT ialah Jabatan Perdagangan, Jabatan Pelancongan & Hospitaliti, Jabatan Matematik, Sains & Komputer dan Jabatan Pengajian Am.