
Kawasan Daerah Hulu Terengganu merangkumi 9 mukim yang berjumlah seluas 387,462.60 hektar. Ciri-ciri daerah adalah
- Sebahagian daerah adalah Kawasan Pembangunan Tasik Kenyir iaitu di bawah pentadbiran KETENGAH seluas 209,199 hektar.
 - Bersempadan Negeri Kelantan dan Pahang yang mempunyai kawasan hutan hujan tropika tertua – Taman Negara Malaysia. Dalam lingkungan kawasan Central Forest Spine negara.
 - Ia menjadikan daerah ini kawasan sensitif alam sekitar - 99% tidak boleh dibangunkan.
 - Dari aspek pembangunan, terletak dalam pengaruh bandar Kuala Terengganu (30 minit/45 KM).
 - Perhubungan masa hadapan yang sangat baik dengan kewujudan Lebuh Raya Pantai Timur dan Laluan Timur Barat II menghubungkan dengan Selatan dan Barat Semenanjung.
 - Lembangan subur pertanian di Sungai Terengganu dan tumpuan penduduk di Timur (Kuala Berang/ Ajil/Kuala Telemong).
 - Kawasan Warisan Sejarah dengan penemuan Batu Bersurat di Kampung Buluh, Kuala Berang membuktikan kedatangan Islam di Semenanjung pada 702 H (1303 M); lebih awal daripada Melaka.
 - Kawasan sejarah awal Negeri Terengganu seperti pertabalan Sultan Zainal Abidin 1 dan penentangan melawan Inggeris.
 - Bandar utama adalah Kuala Berang dan Ajil yang merupakan penempatan utama penduduk dan Kuala Berang sebagai pusat pentadbiran daerah dan perniagaan sementara Ajil sebagai kawasan industri utama dan perumahan.
 - Laluan utama semasa adalah Jalan Kuala Terengganu-Ajil-Kuala Berang dan Kuala Berang-Jerangau-Kuantan sementara Lebuh Raya Pantai Timur dan Laluan Timur Barat II dijangka siap sebelum 2012.
 
Kawasan Kajian
| Bil | Mukim | Keluasan | |
|---|---|---|---|
| Hektar | % | ||
| 1. | Hulu Berang | 32,155.90 | 8.30 | 
| 2. | Hulu Telemong | 24,032.30 | 6.20 | 
| 3. | Hulu Terengganu | 264,025.60 | 68.14 | 
| 4. | Jenagor | 12,727.00 | 3.30 | 
| 5. | Kuala Berang | 7,127.70 | 1.84 | 
| 6. | Kuala Telemong | 5,197.80 | 1.34 | 
| 7. | Penghulu Diman | 16,336.40 | 4.22 | 
| 8. | Tanggul | 6,897.90 | 1.80 | 
| 9. | Tersat | 18,968.00 | 4.90 | 
| Jumlah | 387,462.60 | 100.00 | |
										
										
				









