ISNIN, 20 FEBRUARI 2023: Sesi Taklimat dan Lawatan Tapak Projek Akhir Pelajar Diploma Pelancongan Rekreasi daripada Politeknik Hulu Terengganu berkenaan Taman Rekreasi Awam Kuala Berang. Hadir mempengerusikan sesi ini ialah Tn. Haji Lukema Meri bin Salleh@ Abdul Latif, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu diiringi oleh En. Amin Khalili bin Mohd Shaifol, Penolong Arkitek Landskap Majlis Daerah Hulu Terengganu.
Turut menyertai sesi ini ialah pegawai pengiring daripada Politeknik Hulu Terengganu yang terdiri daripada Encik Khairul Bin Mohd Azemi, Ketua Program DRT & Penyelia Projek Pelajar, Encik Mohd Azamrul Bin Harun Penyelaras Projek Pelajar, Puan Balqis Binti Ahmad Shahar Penyelia Projek Pelajar dan Encik Muhammad Fahmie Bin Azmi Penyelaras Projek Pelajar bersama-sama dengan 12 orang pelajar.