Sesi Focus Group Discussion (FGD) Bil.1 Kajian Rancangan Tempatan Daerah Hulu Terengganu, Terengganu 2035 (Penggantian).
21 Jun 2023 (RABU) : Majlis Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama pejabat projek Zon timur, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa serta PLANMalaysia@Terengganu telah mengadakan Sesi FGD ini bertempat di bilik mesyuarat utama MDHT. Program ini dihadiri oleh 40 agensi agensi teknikal dan pihak berkepentingan yang terdiri daripada pelbagai agensi peringkat Persekutuan, Negeri dan Dearah.
Tujuan FGD ini adalah bagi mendapatkan pandangan berkaitan isu masalah, potensi dan cadangan-candangan daripada jabatan/agensi teknikal di peringkat Persekutuan,Negeri dan Daerah.
Jabatan Ingin mengucapkan setinggi-tinggi penhargaan diadatas kehadiran dan komitmen semua peserta yang hadir.
Marilah sama-sama kita memberikan sokongan dan komitmen sepanjang kajian ini dilaksanakan bagi menyediakan sebuah laporan rancangan tempatan daerah hulu terengganu 2035 (penggantian) yang berdaya laksana dan komprehensif untuk dijadikan rujukan semua pihak.