KHAMIS,15 SEPTEMBER 2022: Sempena Hari Malaysia 16 September Majlis Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan Sambutan Hari Malaysia 2022 dan Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Majlis Daerah Hulu Terengganu bertempat di Dewan Sivik Ajil, Hulu Terengganu.
Antara pengisian program adalah acara penyampaian bendera Malaysia oleh Tn. Haji Lukema Meri bin Salleh@Abdul Latif, Acara Menaikkan Bendera, Tayangan Montaj, Nyanyian Lagu Patriotik, Sesi Pengenalan Kumpulan Inovasi Kreatif (KIK) MDHT yang akan bertanding Pertandingan KIK Peringkat Negeri Terengganu anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan Pertandingan Inovasi MALA 2.0 Piala YB Menteri KPKT, Penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) Bulanan MDHT.