KHAMIS, 03 OGOS 2023 : Program Memasak Bubur Asyura Majlis Daerah Hulu Terengganu bertempat di Dewan Terbuka perkarangan pejabat Majlis Daerah Hulu Terengganu.
Program anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Hulu Terengganu (KESUMAD) Ini disertai oleh seluruh kakitangan MDHT. Turut serta memeriahkan program ialah Tn. Haji Lukema Meri bin Salleh @Abdul Latif, Yang Dipertua dan En. Mohd Hamdan bin Mohd Nor, Setiausaha Majlis Daerah Hulu Terengganu.
Program kali ini dimeriahkan lagi dengan pertandingan masakan bubur asyura serta hiasan bagi setiap rumah sukan. Semoga program ini dapat meningkatkan kesedaran di kalangan kakitangan dalam menghayati Bulan Muharram yang penuh dengan keberkatan.