PROGRAM KAYUHAN MESRA MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU BERSAMA MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU
KHAMIS, 16 JUN 2022 : Program kayuhan mesra Majlis Daerah Hulu Terengganu bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Mengetuai kayuhan ini ialah Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu. Menyertai kayuhan ini ialah Tuan Setiausaha, kakitangan Majlis Daerah Hulu Terengganu dan wakil daripada Kelab Basikal Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.