AHAD, 16 APRIL 2023: Program Iftar Ramadan Majlis Daerah Hulu Terengganu 1444H/2023M Sempena Ulang Tahun ke-41 Majlis Daerah Hulu Terengganu bertempat di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang. Hadir ke program ini ialah Tn. Haji Lukema Meri bin Salleh@ Abdul Latif, Yang Dipertua MDHT, Ahli- Ahli Majlis, Setiausaha dan seluruh warga kerja Majlis Daerah Hulu Terengganu.
Turut diadakan penyampaian Anugerah APC Bulanan, Anugerah Penghargaan kepada kakitangan, penyampaian sumbangan Kelab Sukan dan Kebajikan MDHT (KESUMAD) dan penyampaian baucar Aidilfitri kepada semua Ahli Majlis dan kakitangan MDHT.