KHAMIS, 24 NOVEMBER 2022: Majlis Sanjungan Budi Majlis Daerah Hulu Terengganu yang diadakan di Permai Hotel, Kuala Terengganu. Ia bagi meraikan Tuan Pegawai Daerah H. Terengganu, Ketua Polis Daerah H. Terengganu, Jurutera Daerah H. Terengganu yang merupakan Ahli Majlis MDHT dan Setiausaha MDHT yang telah bertukar dan berkhidmat di tempat baru.
Tn. Hj. Lukema Meri bin Salleh, Yang Dipertua MDHT hadir menyampaikan ucapan dan cenderamata penghargaan sebagai tanda ingatan kepada semua dif yang diraikan. Hadir memeriahkan majlis ialah semua Ahli-ahli Majlis dan Ketua- ketua Jabatan, Bahagian serta Unit MDHT.