AHAD, 13 NOVEMBER 2022: Lawatan Tapak Sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke- 61 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Tahun 2023 oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Terengganu. Sesi Lawatan Tapak ini diketuai oleh Tn. Hj. Anuar bin Awang, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dan dihadiri oleh En. Adnan bin Abdullah, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Tn. Hj. Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif, Yang Dipertua MDHT, Pengurusan Majlis dan Protokol Negeri Terengganu, JKR, KETENGAH, PDRM, JHEAT dan lain-lain Jabatan yang berkaitan.