ISNIN, 30 JANUARI 2023: Tn. Haji Lukema Meri bin Salleh, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu(MDHT) telah menerima Kunjungan Hormat daripada KPKPj Hazrul Shazreen bin Abd Yazid, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) bersama kakitangan yang bertandang ke Hulu Terengganu bagi menghadiri Majlis Amanat Yang Dipertua, Perlancaran Ulang Tahun Ke-41 Majlis Daerah Hulu Terengganu dan Ikrar Bebas Rasuah(IBR) MDHT.
Tuan Yang Dipertua MDHT turut membawa KPKPj Hazrul Shazreen dan kakitangan melawat ke Sudut 'I' MDHT diiringi oleh Setiausaha dan Ketua -ketua Jabatan, Bahagian serta Unit MDHT.